Saturday, 28 December 2013

Bila Tiba | Bila Tiba Lagu Bekernaan Kematian Daripada Ungu

Bila Tiba | Bila Tiba Lagu Bekernaan Kematian Daripada Ungu | Lewat lagu Bila Tiba Ungu mengisi soundtrack sebuah film karya Rako Prijanto yang berjudul 'Sang Kiai'.

bila-lagi-ungu.jpg

Kisah hidup KH Hasyim Asy'ari dan orang-orang terdekatnya dalam memperjuangkan dan mempertahankan kemerdekaan dengan Resolusi Jihad yang menyulut perjuangan laskar santri dalam perang 10 November di Surabaya dikemas dalam film SANG KIAI.

Atas permintaan Rako Prijanto (sutradara Sang Kiai), film Sang Kiai mempercayakan penggarapan Original Theme Song (OST) nya ke UNGU, band yang memang telah sukses dengan beberapa album religi.

Di film Sang Kiai UNGU turut mempersembahkan Original Soundtrack yang berjudul 'Bila Tiba', Lagu yang bercerita tentang manusia yang hendak dijemput ajalnya.

Lagu ini mencoba menjelaskan bahwa sehebat-hebatnya manusia dan bagaimanapun kuatnya ia berjuang, namun tujuan akhir kematian adalah mutlak.

<iframe width="640" height="360" src="//www.youtube.com/embed/2LWKN0Bauvg?feature=player_detailpage" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Saturday, 13 July 2013

SEMUA DIJEMPUT HADIR ke Majlis Berbuka Puasa Presint 18R4 Putrajaya pada 20/7/2013

SEMUA DIJEMPUT HADIR | Majlis Berbuka Puasa Presint 18R4 Putrajaya pada 20/7/2013 | Salam Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat terutamanya penduduk Presint 18R4 Putrajaya. Hari ini kita sudah berpuasa pada hari yang ke-4. Alhamdulillah.

Apa khabar iman kita semua hari ini, moga-moga ianya akan sentiasa meningkat dan istiqamah. Pihak surau memohon maaf jika keadaan surau terlalu sesak sehinggakan ada di kalangan muslimat terpaksa berdiri di luar. 


Insyaallah, kita tengah mengusahakan membeli pengadang untuk membuka sedikit ruang bagi muslimat.

Pada 20/7/2013 ini bersamaan hari Sabtu, pihak surau akan menganjurkan Iftar Jamaie atau berbuka puasa perdana di perkarangan surau. Oleh yang demikian, pihak surau menjemput semua penduduk Presint 18R4 untuk hadir bersama-sama di majlis tersebut.

Monday, 8 July 2013

JADUAL PROGRAM IHYA' RAMADHAN | Jadual Program Ihya' Ramadhan Surau Al-Mukhlisin P18R4 Putrajaya

JADUAL PROGRAM IHYA' RAMADHAN | Jadual Program Ihya' Ramadhan Surau Al-Mukhlisin P18R4 Putrajaya | Salam Ramadhan kepada semua penduduk Presint 18R4 khususnya dan kepada para pengunjung blog ini amnya. 

Ramadhan sudah menghampiri kita, jadikan Ramadhan ini maktabah tarbiyyah untuk diri kita yang sentiasa alpa ini, semoga Ramadhan kali ini memberikan kita titik permulaan untuk kita meningkatkan amalan kita.

Untuk itu, Surau Al-Mukhlisin menjemput saudara saudari sekalian untuk bersama-sama menghidupkan Ramadhan kali ini dengan program-program yang telah dirancang.

Jauh dari sudut hati kami, ini bukanlah yang terbaik daripada kami, tetapi semoga Ukhuwwah di antara kita P18R4 sentiasa mekar di hati.

JADUAL PROGRAM IHYA' RAMADHAN SURAU AL-MUKHLISIN P18R4

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ YANG LEBIH JELAS

Sebarang maklumat lanjut, Ybhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan bolehlah menghubungi Jawatankuasa yang telah dilantik seperti berikut :-

a) Ahmad Asyraf bin Adnan (Jawatankuasa Kuliah) - 019-9978427

b) Ustaz Mohd Khairul bin Zainal Abidin (Jawatankuasa Tahlil) - 013-2396122

c) Mohd Safarul bin Fauzi (Jawatankuasa Sumbangan) - 012-3847154

d) Ahmad Norfaizal bin Jusoh ( Ketua Jawatankuasa Urusetia) - 019-9297457

e) AJK SURAU (Jawantankuasa Urusetia)

Saturday, 6 July 2013

PANTUN RAMADHAN | Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

PANTUN RAMADHAN | Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Di bulan Ramadhan orang tarawih
Sudah sembahyang membaca Qur'an
Orang beriman hidupnya salih
Dadanya lapang lakunya sopan


Di bulan Ramadhan orang tadarus
Membaca Qur'an beramai-ramai
Orang beriman hatinya lurus
Duduk berjalan elok perangai

Di bulan Ramadhan banyak bertobat
Memohonkan ampun kepada Allah
Orang beriman hidup bermanfaat
Sembarang kerja membawa faedah

Di bulan Ramadhan orang puasa
Menahan selera mengekang nafsu
Orang beriman hidup sentosa
Kepada Allah tempat bertumpu

Di bulan Ramadhan banyakkan amal
Supaya dosa diampunkan Tuhan
Orang beriman hidup berakal
Menggunakan usia untuk kebaikan

Wednesday, 3 July 2013

JEMPUTAN Ke Majlis Pelancaran IHYA RAMADHAN Peringkat Kebangsaan 2013/1434H Pada 4/7/2013 Khamis

JEMPUTAN Ke Majlis Pelancaran IHYA RAMADHAN Peringkat Kebangsaan 2013/1434H | Sukacita dimaklumkan bahawa JAWI Putrajaya akan menganjurkan program Pelancaran IHYA RAMADHAN Peringkat Kebangsaan 2013/1434H seperti ketetapan berikut :

TARIKH : 
4 JULAI 2013 (KHAMIS)

MASA : 
8.00 pagi - 1.00 tengahari

TEMPAT : 
Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Kepada sesiapa yang berminat nak joint program JAWI ni, anda boleh ambil surat jemputan tersebut di surau. Surat ini adalah untuk kebenaran jabatan masing-masing ke majlis tersebut. Program ini juga boleh dijadikan aktiviti kursus tahunan anda dengan syarat dibenarkan oleh ketua jabatan anda.

Tuesday, 2 July 2013

AKTIVITI SURAU | Jemputan KURSUS PEMANTAPAN BILAL SURAU-SURAU PUTRAJAYA

AKTIVITI SURAU | Jemputan KURSUS PEMANTAPAN BILAL SURAU-SURAU PUTRAJAYA | Assalamualaikum. Kepada sesiapa yang berminat nak belajar jadi tok bilal, sekarang anda berpeluang untuk mencapai cita-cita anda itu.


Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya @ dikenali sebagai Masjid Besi akan menganjurkan  Kursus Pemantapan Bilal Surau-Surau Putrajaya pada ketetapan berikut :

TARIKH : 
6 Julai 2013 ( SABTU)

MASA : 
8.00 pagi- 5.00 petang

TEMPAT : 
DEWAN SYEIKH DAUD AL-FATONI, Masjid Besi, Putrajaya

Kepada anda yang berminat boleh SMS nama anda di talian 019-9978427 (Asyraf). Tempat adalah Terhad. Yuran adalah PERCUMA. Siapa cepat dia dapat.

Monday, 1 July 2013

HADITH AL-BUKHARI | Kepimpinan dan Pengaruh

HADITH AL-BUKHARI | Kepimpinan dan Pengaruh | Hadith di bawah adalah berkenaan kepimpinan, apakah yang perlu ada pada seseorang pemimpin, apakah rupa bentuk fizikal penting? dn sebagainya. JOM baca...
Riwayat: (al-Bukhari)

Hadith: 
Daripada Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dengar dan taatlah kamu walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba Habsyi yang kepalanya bagaikan sebiji buah zabib (anggur kering).
 
Huraian Hadith:

Kepimpinan yang berkesan tidak terletak pada paras rupa atau faktor fizikal. Malah kepimpinan yang paling lemah adalah kepimpinan yang bergantung kepada kedudukan dan jawatan semata-mata. Mereka akan hanya mampu memimpin andai kata diberikan kuasa, jawatan dan kedudukan dan akan menggunakan segala kuasa yang ada untuk mempertahankan kedudukannya, lebih daripada usaha membangunkan dirinya sendiri sebagai seorang pemimpin.

Pemimpin yang berjaya ialah mereka yang dapat memperlihatkan bibit-bibit kewibawaan pada dirinya selaku pemimpin hingga pengikut (orang bawahan) mula merelakan dan mengikhlaskan diri mereka dipimpin dan diterajui oleh ketua tersebut yang akhirnya membolehkan komuniti masyarakat, kumpulan atau sesebuah organisasi tersebut maju ke hadapan sebagai hasil daripada kerjasama yang diperoleh.

Dengan perkataan lain seorang pemimpin yang berjaya ialah yang dapat membentuk pengikutnya menjadi insan yang cemerlang, hasil pengaruh dirinya sendiri ke atas mereka yang dipimpin hingga dapat mencapai potensi terbaik mereka.

Contohnya dapat dilihat pada diri Rasulullah SAW. Kepimpinan baginda amat terserlah pada kualiti diri baginda sebagai aset terbesar seperti sifat al-Amin dan nilai integriti dan kompetensi baginda yang terus menerus menjadi faktor utama kepada kesetiaan pengikut-pengikut baginda tidak kira baginda dengan jawatan atau tanpa jawatan.

Jatuh naiknya kepimpinan baginda tidak bergantung pada kemenangan pertandingan dan kekuatan lobi orang lain untuk diri baginda. Pendek kata apabila kualiti diri dibangunkan, pengaruh akan datang dengan sendirinya!

Sumber : Tinta Asyraf.Com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...