Saturday 28 December 2013

Bila Tiba | Bila Tiba Lagu Bekernaan Kematian Daripada Ungu

Bila Tiba | Bila Tiba Lagu Bekernaan Kematian Daripada Ungu | Lewat lagu Bila Tiba Ungu mengisi soundtrack sebuah film karya Rako Prijanto yang berjudul 'Sang Kiai'.

bila-lagi-ungu.jpg

Kisah hidup KH Hasyim Asy'ari dan orang-orang terdekatnya dalam memperjuangkan dan mempertahankan kemerdekaan dengan Resolusi Jihad yang menyulut perjuangan laskar santri dalam perang 10 November di Surabaya dikemas dalam film SANG KIAI.

Atas permintaan Rako Prijanto (sutradara Sang Kiai), film Sang Kiai mempercayakan penggarapan Original Theme Song (OST) nya ke UNGU, band yang memang telah sukses dengan beberapa album religi.

Di film Sang Kiai UNGU turut mempersembahkan Original Soundtrack yang berjudul 'Bila Tiba', Lagu yang bercerita tentang manusia yang hendak dijemput ajalnya.

Lagu ini mencoba menjelaskan bahwa sehebat-hebatnya manusia dan bagaimanapun kuatnya ia berjuang, namun tujuan akhir kematian adalah mutlak.

<iframe width="640" height="360" src="//www.youtube.com/embed/2LWKN0Bauvg?feature=player_detailpage" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Saturday 13 July 2013

SEMUA DIJEMPUT HADIR ke Majlis Berbuka Puasa Presint 18R4 Putrajaya pada 20/7/2013

SEMUA DIJEMPUT HADIR | Majlis Berbuka Puasa Presint 18R4 Putrajaya pada 20/7/2013 | Salam Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat terutamanya penduduk Presint 18R4 Putrajaya. Hari ini kita sudah berpuasa pada hari yang ke-4. Alhamdulillah.

Apa khabar iman kita semua hari ini, moga-moga ianya akan sentiasa meningkat dan istiqamah. Pihak surau memohon maaf jika keadaan surau terlalu sesak sehinggakan ada di kalangan muslimat terpaksa berdiri di luar. 


Insyaallah, kita tengah mengusahakan membeli pengadang untuk membuka sedikit ruang bagi muslimat.

Pada 20/7/2013 ini bersamaan hari Sabtu, pihak surau akan menganjurkan Iftar Jamaie atau berbuka puasa perdana di perkarangan surau. Oleh yang demikian, pihak surau menjemput semua penduduk Presint 18R4 untuk hadir bersama-sama di majlis tersebut.

Monday 8 July 2013

JADUAL PROGRAM IHYA' RAMADHAN | Jadual Program Ihya' Ramadhan Surau Al-Mukhlisin P18R4 Putrajaya

JADUAL PROGRAM IHYA' RAMADHAN | Jadual Program Ihya' Ramadhan Surau Al-Mukhlisin P18R4 Putrajaya | Salam Ramadhan kepada semua penduduk Presint 18R4 khususnya dan kepada para pengunjung blog ini amnya. 

Ramadhan sudah menghampiri kita, jadikan Ramadhan ini maktabah tarbiyyah untuk diri kita yang sentiasa alpa ini, semoga Ramadhan kali ini memberikan kita titik permulaan untuk kita meningkatkan amalan kita.

Untuk itu, Surau Al-Mukhlisin menjemput saudara saudari sekalian untuk bersama-sama menghidupkan Ramadhan kali ini dengan program-program yang telah dirancang.

Jauh dari sudut hati kami, ini bukanlah yang terbaik daripada kami, tetapi semoga Ukhuwwah di antara kita P18R4 sentiasa mekar di hati.

JADUAL PROGRAM IHYA' RAMADHAN SURAU AL-MUKHLISIN P18R4

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ YANG LEBIH JELAS

Sebarang maklumat lanjut, Ybhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan bolehlah menghubungi Jawatankuasa yang telah dilantik seperti berikut :-

a) Ahmad Asyraf bin Adnan (Jawatankuasa Kuliah) - 019-9978427

b) Ustaz Mohd Khairul bin Zainal Abidin (Jawatankuasa Tahlil) - 013-2396122

c) Mohd Safarul bin Fauzi (Jawatankuasa Sumbangan) - 012-3847154

d) Ahmad Norfaizal bin Jusoh ( Ketua Jawatankuasa Urusetia) - 019-9297457

e) AJK SURAU (Jawantankuasa Urusetia)

Saturday 6 July 2013

PANTUN RAMADHAN | Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

PANTUN RAMADHAN | Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Di bulan Ramadhan orang tarawih
Sudah sembahyang membaca Qur'an
Orang beriman hidupnya salih
Dadanya lapang lakunya sopan


Di bulan Ramadhan orang tadarus
Membaca Qur'an beramai-ramai
Orang beriman hatinya lurus
Duduk berjalan elok perangai

Di bulan Ramadhan banyak bertobat
Memohonkan ampun kepada Allah
Orang beriman hidup bermanfaat
Sembarang kerja membawa faedah

Di bulan Ramadhan orang puasa
Menahan selera mengekang nafsu
Orang beriman hidup sentosa
Kepada Allah tempat bertumpu

Di bulan Ramadhan banyakkan amal
Supaya dosa diampunkan Tuhan
Orang beriman hidup berakal
Menggunakan usia untuk kebaikan

Wednesday 3 July 2013

JEMPUTAN Ke Majlis Pelancaran IHYA RAMADHAN Peringkat Kebangsaan 2013/1434H Pada 4/7/2013 Khamis

JEMPUTAN Ke Majlis Pelancaran IHYA RAMADHAN Peringkat Kebangsaan 2013/1434H | Sukacita dimaklumkan bahawa JAWI Putrajaya akan menganjurkan program Pelancaran IHYA RAMADHAN Peringkat Kebangsaan 2013/1434H seperti ketetapan berikut :

TARIKH : 
4 JULAI 2013 (KHAMIS)

MASA : 
8.00 pagi - 1.00 tengahari

TEMPAT : 
Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Kepada sesiapa yang berminat nak joint program JAWI ni, anda boleh ambil surat jemputan tersebut di surau. Surat ini adalah untuk kebenaran jabatan masing-masing ke majlis tersebut. Program ini juga boleh dijadikan aktiviti kursus tahunan anda dengan syarat dibenarkan oleh ketua jabatan anda.

Tuesday 2 July 2013

AKTIVITI SURAU | Jemputan KURSUS PEMANTAPAN BILAL SURAU-SURAU PUTRAJAYA

AKTIVITI SURAU | Jemputan KURSUS PEMANTAPAN BILAL SURAU-SURAU PUTRAJAYA | Assalamualaikum. Kepada sesiapa yang berminat nak belajar jadi tok bilal, sekarang anda berpeluang untuk mencapai cita-cita anda itu.


Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya @ dikenali sebagai Masjid Besi akan menganjurkan  Kursus Pemantapan Bilal Surau-Surau Putrajaya pada ketetapan berikut :

TARIKH : 
6 Julai 2013 ( SABTU)

MASA : 
8.00 pagi- 5.00 petang

TEMPAT : 
DEWAN SYEIKH DAUD AL-FATONI, Masjid Besi, Putrajaya

Kepada anda yang berminat boleh SMS nama anda di talian 019-9978427 (Asyraf). Tempat adalah Terhad. Yuran adalah PERCUMA. Siapa cepat dia dapat.

Monday 1 July 2013

HADITH AL-BUKHARI | Kepimpinan dan Pengaruh

HADITH AL-BUKHARI | Kepimpinan dan Pengaruh | Hadith di bawah adalah berkenaan kepimpinan, apakah yang perlu ada pada seseorang pemimpin, apakah rupa bentuk fizikal penting? dn sebagainya. JOM baca...
Riwayat: (al-Bukhari)

Hadith: 
Daripada Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dengar dan taatlah kamu walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba Habsyi yang kepalanya bagaikan sebiji buah zabib (anggur kering).
 
Huraian Hadith:

Kepimpinan yang berkesan tidak terletak pada paras rupa atau faktor fizikal. Malah kepimpinan yang paling lemah adalah kepimpinan yang bergantung kepada kedudukan dan jawatan semata-mata. Mereka akan hanya mampu memimpin andai kata diberikan kuasa, jawatan dan kedudukan dan akan menggunakan segala kuasa yang ada untuk mempertahankan kedudukannya, lebih daripada usaha membangunkan dirinya sendiri sebagai seorang pemimpin.

Pemimpin yang berjaya ialah mereka yang dapat memperlihatkan bibit-bibit kewibawaan pada dirinya selaku pemimpin hingga pengikut (orang bawahan) mula merelakan dan mengikhlaskan diri mereka dipimpin dan diterajui oleh ketua tersebut yang akhirnya membolehkan komuniti masyarakat, kumpulan atau sesebuah organisasi tersebut maju ke hadapan sebagai hasil daripada kerjasama yang diperoleh.

Dengan perkataan lain seorang pemimpin yang berjaya ialah yang dapat membentuk pengikutnya menjadi insan yang cemerlang, hasil pengaruh dirinya sendiri ke atas mereka yang dipimpin hingga dapat mencapai potensi terbaik mereka.

Contohnya dapat dilihat pada diri Rasulullah SAW. Kepimpinan baginda amat terserlah pada kualiti diri baginda sebagai aset terbesar seperti sifat al-Amin dan nilai integriti dan kompetensi baginda yang terus menerus menjadi faktor utama kepada kesetiaan pengikut-pengikut baginda tidak kira baginda dengan jawatan atau tanpa jawatan.

Jatuh naiknya kepimpinan baginda tidak bergantung pada kemenangan pertandingan dan kekuatan lobi orang lain untuk diri baginda. Pendek kata apabila kualiti diri dibangunkan, pengaruh akan datang dengan sendirinya!

Sumber : Tinta Asyraf.Com

Sunday 30 June 2013

TERIMA KASIH SEMUA | Surau Dah Dapat Karpet Baru

TERIMA KASIH SEMUA | Surau Dah Dapat Karpet Baru | Lama benar tidak mengemaskini blog ni, sememangnya blog Surau ini sunyi dari pengunjung sebab saya jarang update blog ni. Rasa macam bersalah sangat-sangat pada tuan/puan semua. Insyaallah blog ini akan memberikan info tentang aktiviti-aktiviti surau dari semasa ke semasa.

Sempena Ramadhan yang akan datang ini, Surau Al-Mukhlisin akan menjemput seorang ustaz yang akan mengetuai kita semua dalam solat Teraweh. Kita buat hanya lapan rakaat sahaja. Untuk makluman semua, Surau Al-Mukhlisin masih lagi memerlukan dana-dana untuk penambahbaikan surau.

Disebabkan oleh surau tidak lagi dibenarkan oleh pihak JAWI Putrajaya untuk diletakkan tabung di kedai runcit, jadi pihak kami mengalu-alukan pihak tuan untuk menyalurkan sedekah,derma atau zakat terus ke akaun surau seperti berikut :

BANK CIMB I : 1601 0000 734 10 0
NAM AKAUN : SURAU AL-MUKHLISIN

Untuk maklumat lanjut pihak tuan/puan boleh menghubungi pihak kami di nombor yang tertera seperti di atas banner di atas.

Untuk makluman juga, Alhamdulillah, Surau dah dapat karpet baru atas sumbangan daripada pihak tuan/puan semua.

Terima Kasih. Banyak-banyak yer...








 

Saturday 29 June 2013

JEMPUTAN Ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke 55 29/6/2013 hingga 6/7/2013 | Dewan Merdeka PWTC Kuala Lumpur

JEMPUTAN Ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke 55 | Dewan Merdeka PWTC Kuala Lumpur | Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali Ke-55 Tahun 1434H/2013M akan diadakan seperti berikut:


Tarikh: 29/6/2013 - 6/7/2013
Tempat: Dewan Merdeka PWTC, KL
Masa  : 8.00 malam - 11.00 malam

Yang mana tak gi tengok bola tu, boleh la  ke PWTC ni untuk tengok orang mengaji.

Jemputan ini adalah daripada jawi yang menetapkan 4 orang wakil daripada surau untuk hadir ke majlis tersebut malam ini. Tetapi sebab ada masalah tertentu kami pihak surau tidak sempat untuk mengagihkan surat tersebut.

Jadi, boleh walk ini sahaja, lebih lagi baik. Terima kasih semua.

Friday 1 February 2013

Sembang Santai Bersama Sham Kamikaze di Program Sambutan Maulidurrasul Peringkat Presint 18R4 Pada 16.2.2013

Salam muhibbah kepada semua warga Presint 18R4,

Pada 16.2.2013 bersamaan hari Sabtu, Pihak Surau Al-Mukhlisin dengan sukacitanya ingin menjemput warga Presint 18R4 untuk sama-sama kita memeriahkan Program Sambutan Maulidurrasul Peringkat Presint 18R4.

Walaupun tanggal Rabiulawwal telah berlalu pada tarikh tersebut namun, semangat cintakan rasul itu tidak harus dijumudkan kepada bulan-bulan tertentu sahaja. Oleh yang demikian, pihak surau sekali lagi menjemput semua warga Presint 18R4 untuk sama-sama menyertai acara-acara yang telah disediakan.

Apa yang menarik bagi sambutan kita pada kali ini ialah Sham Kamikaze akan bersama-sama memeriahkan program kita dan menyampaikan mesej cara berhibur mengikut syariat Islam. Kepada anak-anak muda yang meminati beliau, bolehlah bersama-sama dengan beliau nanti.



Tentatif Penuh Program adalah seperti berikut :


SEMUA DIJEMPUT HADIR

Jadual Program Masjid Besi 2013

Alhamdulillah, terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Faizal Ibrahim yang dalam kondisi badannya yang kurang sihat, beliau menggagahkan diri untuk sama-sama dengan kami bagi memberikan sedikit pesanan.

Ternyata ianya amat berharga bagi kami di sini. Semoga dengan semangat yang ditunjukkan Ustaz dapat memberikan kami tenaga untuk kami merangka dan melaksanakan tanggungjawab fardu ini.

Seusai itu, kami dijemput oleh Masjid Besi iaitu Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, tapi orang kat sini memanggilnya Masjid Besi sebab keseluruhan binaannya menampakkan semacam besi. 



Gambar-gambar di sekitar perjumpaan Masjid Besi dengan Qariah Surau
Tapi hanya seorang sahaja wakil kami yang pergi, AJK lain bertandang ke rumah saudara Faizal bagi menunaikan jemputannya yang mengadakan majlis tahlil sempena kelahiran cahaya matanya yang kedua. TAHNIAH Bro Faizal.

Sudah tentu tidak sia-sia perjumpaan kami dengan Masjid Besi pada malam ini. Banyak maklumat yang kami dapat dengan ibu kami ini. Rupanya banyak program yang dirangka oleh Masjid Besi ini, mereka sudah merangka program penuh untuk tahun ini. 





Sila klik di ruangan Flickr untuk mendapatkan jadual program Masjid besi yang jelas, cari gambar jadual tersebut, klik pada gambar tersebut dan view all size untuk gambar yang lebih jelas. 

Jadual ini belum dicetak oleh Masjid Besi lagi, kami adalah yang terawal dapat...Selamat berprogram semua.

Thursday 31 January 2013

Kuliah Ustaz Riduan Mohamad Nor 7.2.2013

Assalamualaikum...

Kepada semua warga muslimin dan muslimat Presint 18R4, sekali lagi Al-Fadhil Ustaz Riduan Mohamad Nor akan bertandang ke perkampungan kita.

Kali ini Al-fadhil Ustaz Riduan Mohammad Nor akan menyentuh perihal Menyelami Sirah Perjuangan Rasulullah Dalam Kehidupan Seorang Muslim.

Jom kita gegarkan surau kali ini.


.........................................................

Aktiviti akan datang :

16.2.2013 ( Sabtu)
Sambutan Hari Maulidurrasul Peringkat Presint 18R4
Nantikan Kemunculan Sham Kamikaze

.........................................................

Tuesday 29 January 2013

Jom Sertai Skim Wakaf Karpet dan Penghawa Dingin


Assalamualaikum wbt.


Sukacita dimaklumkan bahawa Surau Al-Mukhlisin Presint 18R4 sedang mengusahakan pemasangan karpet dan penghawa dingin di ruang solat bagi memberikan keselesaan kepada para jamaah untuk beribadah.

2. Sehubungan dengan itu, bagi menampung kos pemasangannya, pihak Jawatankuasa Surau menjemput ahli-ahli kariah dan dermawan sekalian untuk turut serta di dalam skim wakaf yang diperkenalkan bagi menjayakan program tersebut. Jumlah kos adalah dalam anggaran RM20,000.00 dan penyertaan adalah dalam bentuk kaki persegi bernilai RM 6.50 sekaki persegi untuk wakaf karpet manakala untuk wakaf penghawa dingin bergantung kepada sumbangan ikhlas anda.

3. Pihak Jawantankuasa membuka peluang kepada ahli kariah dan dermawan yang ingin menyertai skim wakaf karpet ini dengan mengisikan borang yang disediakan beserta dengan jumlah wang yang ingin diwakafkan dan diserahkan terus kepada mana-mana Ahli Jawatankuasa Surau.

4. Atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan, kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah s.w.t.

Sirru ’Ala Barakatillah


Kepada sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan :-

1. En. Ahmad Asyraf Adnan : 019-9978427
2. En. Ahmad Norfaizal bin Jusoh : 019-9297457



Borang Skim Wakaf dan Penghawa Dingin



Gambar-gambar Keadaan Surau








Monday 28 January 2013

Kuliah Maghrib di Surau Al-Mukhlisin Presint 18R4 Putrajaya Pada 31.1.2013

Salam kembali bagi semua warga Presint 18R4, Putrajaya. Sudah lama blog ini menyepi, surau juga menyepi. Marilah kita semua imarahkan surau kita, nak harapkan kami AJK, masyaallah, iman turun naik, marilah kita sembang-sembang kat bawah sana.


Sempena kembalinya semangat ini, surau ingin menjemput semua warga Presint 18 R4 untuk hadir ke Kuliah Maghrib pada 31.1.2013 iaitu hari Khamis ini.

Surau juga mengalu-alukan kariah masjid membawa wang saku sedikit kerana kita ingin memohon derma daripada saudara-saudara sekalian nanti. Sekian terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...